Monday 12 December 2011

MILIA SAYANG...

Bismillahhirrahmannirrahim...

             1 Disember 2011 merupakan tarikh yang pasti akan aku kenang sepanjang hayat. Tepat jam 6.30 pagi aku telah mengejutkan Milia dari lenanya. Debaran yang melanda hati ku cuba ku sembunyikan sebaik mungkin agar tidak dapat dihidu oleh Milia. Aku pasti dia juga merasakan debaran yang sama. Tanpa banyak kerenah Milia bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Aku membontotinya sambil menjinjit tuala mandi. Untuk kesekian kali aku memandikannya. Dalam hati kecil ini berdetak rasa sayu. Milia, kuatkan semangat mu ya sayang. Moga Allah mempermudahkan segalanya untuk mu.

               Sejurus selesai mandi aku lapkan badannya dan membantunya menyarungkan pakaian khas. Pakaian yang disediakan oleh pihak hospital. Aku sisirkan rambutnya. Setelah selesai dia lantas mencapai remote tv dan berbaring semula dikatilnya sambil menunggu kehadiran doktor. Tiada sarapan untuk Milia, kerana dia perlu berpuasa untuk menjalani pembedahan jam 7.30 pagi nanti. Malah dia telah berpuasa sejak jam 1.00 pagi tadi. Aku pun tidak bersarapan. Terasa sebu perut. Tiada apa yang ingin ditelan saat-saat sebegini.

            Tepat jam 7.10 pagi, jururawat membantu kami bersiap untuk ke bilik pembedahan. Debaran semakin kencang. Ya Allah permudahkan segalanya untuk anak kesayanganku ini. Jauh disudut hati aku benar-benar berharap. Segalanya berkemungkinan. Prosedur bius yang aku baca agak menganggu perasaan. Bagaimana kalau ada alahan? Bagaimana kalau terjadi komplikasi? Ya Allah hanya kepada mu aku berserah.

          Alhamdulillah, kini setelah 12 hari berlalu, Milia semakin sihat. Tidak terbongkok-bongkok lagi ketika berjalan malah telah menjamu selera dengan nasi ayam kegemarannya di Seksyen 11 ketika makan malam tadi. Kesyukuran yang tidak terhingga aku panjatkan kepada mu Ya Allah. Sesungguhnya engkau maha berkuasa ke atas sesuatu dan aku yakin segala yang baik yang berlaku adalah kerana izin mu Ya Allah.

Tuesday 6 December 2011

STATUS HIDUP...

Terlalu banyak episod dalam kisah yang ditakdirkan
terlalu dalam sebuah pengertian yang dirasakan
dalam kesingkatan kehidupan yang dipinjamkan...

Terlalu banyak yang ingin diluahkan
rasa menggunung perasaan
rasa memberat dada
rasa lemas di lautan tidak bertepian...

mencoret semua yang terpendam
mendedah kata hati dan perasaan
menyebar rasa suka, duka dan hiba
di akhirnya, bertanya kepada diri sendiri...
apakah signifikan status hidup ini kepada dia, dia, dia, dia dan dia?

tiada kepentingan, tidak bergantungan sama sekali
memungkinkan akhirnya
penampakkan dalaman diri yang kosong
menjelaskan kekalutan jiwa
mengesahkan kematian rasa
menipiskan rasa segan dan malu

biarlah episod dalam kisah
teruntai-untai hanya di lingkaran taman hati
agar tidak menjadi antara dedahan yang menggamit dosa
yang kelak menjauhkan jejak ke syurga....

Nukilan: Skyzips ...

Thursday 17 November 2011

Takaful

Takaful merupakan satu konsep di bawah sistem muamalat. Malaysia merupakan antara negara yang mempolopori konsep ini iaitu seawal tahun 1980an. Takaful dilihat sebagai satu keperluan pada ketika itu kerana negara ingin menyediakan satu sistem yang menepati syariah Islam. Keperluan ini adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama pada ketika itu yang menyatakan bahawa konsep, aqad dan operasi insurans adalah tidak menepati lunas-lunas syariah.

Fatwa Pengharaman Insuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)    
     

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kategori : Ekonomi Tajuk : Insurans
   
     
Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus. Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970.
   

Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.

Oleh : Persidangan ke 16

Tarikh : 15 Feb 1979
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979. 


Sumber :
JAKIM

 Justeru itu, wahai sekalian muslim, adalah suatu yang wajib bagi kita meninggalkan yang haram dan mengambil yang halal sementelah kita telah mempunyai ilmu dan pilihan.

Saturday 12 November 2011

MUKMIN PROFESIONAL

Aku telah lama berkenalan dengan jenama "MUKMIN PROFESIONAL' yang diperkenalkan oleh Pahrol Muhamad Juoi dalam Majalah Solusi. Kalau tak silap lebih 2 tahun yang lepas. Sejak dari itu aku memang tak mahu ketinggalan untuk memiliki naskah majalah tersebut pada setiap isunya. Pada Disember 2010 aku telah meghadiahkan Buku "MUKMIN PROFESIONAL-CELIK MATA HATI" kepada kakak ku sempena ulang tahun kelahirannya memandangkan dia juga pelanggan tetap Solusi. Pada ketika itu hati ku berbelah bagi samada ingin menghadiahkan buku itu kepadanya atau aku simpan untuk koleksi ku sendiri. Terfikir juga nak beli 2 buah sekali, tapi memandangkan budget yang tak berapa nak ok bulan tersebut jadi aku beli senaskah dulu.  Akhirnya aku rasa aku telah membuat kepeutusan yang betul dengan menghadiahkan dulu naskah tersebut kepada kakak ku. Dan aku berazam untuk mendapatkan sendiri naskah tersebut kemudian.

Alhamdulillah, kini naskah tersebut telah aku miliki. Rasanya dalam bulan April atau Mei yang lepas. Sebelum tu ada 2 buah buku Pahrol yang telah berada dalam koleksi library ku. Sebenarnya aku nak berkongsi sedikit ilmu dari buku tersebut. Tentang Muhammad SAW yang nabi junjungan yang seharusnya sentiasa menjadi idola dan ikutan kita dalam kehidupan ini. Satu pandangan yang amat berbeza dari tulisan yang di baca sebelum ini.

Apabila kita membaca tentang kejayaan Muhammad SAW dalam banyak aspek terutama  sebagai seorang peniaga/usahawan kepada majikannya Siti Khadijah, faktor kejayaan yang di'highlight'kan (maaf tak dapat cari perkataan bahasa melayu) adalah kerana baginda seorang yang jujur dan amanah. Ya, memang benar itu merupakan faktor kejayaan baginda. Tetapi menurut Pahrol, itu bukanlah semata-mata faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut. Baginda juga seorang yang:
  • menepati waktu, patuh pada janji (mengamalkan sistem pengurusan masa yang efisien)
  • pakar dalam bidang komunikasi
  • mempunyai kemahiran interpersonal
  • memahami kehendak klien
  • arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim
Jadi, konsep mukmin dan konsep profesional kedua-dua ada pada Nabi SAW. Sebagai mukmin baginda seorang yang jujur dan sebagai seorang berprofesion peniaga/usahawan beliau mempunyai nilai profesional yang tinggi.

Maha Bijaksana Allah atas segala yang telah diaturnya. MasyaAllah...

Friday 11 November 2011

SATU PERMULAAN

             Alhamdullillah semalam dan hari sebelum semalam aku telah berjaya mencabar diri sendiri dan cabaran itu berjaya disambut. Maka tepat jam 4.30 petang dalam keadaan yang agak "hurry" akhirnya aku berjaya meletakkan naskah esei ku di meja urusetia (unit kualiti PSA). Walau aku tahu isi esei itu tak lah seberapa, tapi aku tetap rasa lega. Tapi kata Kak Haniza kata sebenarnya aku dah menang. Menang kerana berjaya menghantar esei tersebut. Bila aku fikirkan semula, ada betul kata-katanya. Apa-apa pun alhamdulillah atas kesempatan dan keizinan dari Allah SWT. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini untuk melakukan apa pun tanpa keizinanNYA.

         Bila dan mula menulis, terasa pula keseronokannya. Ada macam-macam pula rancangan untuk menulis selepas ini. InsyaAllah, kalau diberikan keizinan oleh Nya, pasti ada cara dan tergerak hati untuk bertindak. Bukan apa, bila nak menulis, kena banyak membaca, so terisi masa dengan perkara berfaedah. Bila banyak membaca, baru tahu banyak perkara, minda pun terbuka. Alhamdulillah. Sebelum ni bukan tak suka membaca. Suka. Sangat suka. Tapi pembacaan hanya terhad kepada majalah kegemaran SOLUSI dan beberapa buah buku yang dibeli tiap bulan. Bacaan lebih kepada bahan yang tiada kaitan dengan bidang pekerjaan secara lansung. So mungkin ini lah masa terbaik untuk memulakan minat yang sekian lama terpendam dek kerana alasan kesibukan yang tiada penghabisan...

Monday 7 November 2011

ISTANA IMAN...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sekali lagi diri ini diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut hari raya iaitu hari raya Aidiladha. Walau tiada persiapan istimewa sebagaimana raya puasa namun hati tetap girang kerana akan bercuti lama di kampung dan akan bertemu abang dan kakak-kakak yang rasanya dah lama tak jumpa..hahaa..padahal bulan lepas baru jumpa!

Alhmadullillah bila dah berada di kampung dapat menunaikan beberapa tanggungjawab sebagai anak, sebagai adik dan sebagai mak saudara. Love u all...

Sempat bermuhasabah diri dengan ayahanda tercinta sebelum pulang ke shah alam.Sesungguhnya kata-kata ayah kali ini sangat bermakna dan insyaallah akan aku pegang hingga ke akhir hayat. Dalam diri, aku bertekad dan berazam untuk jadi anak yang ayah boleh banggakan.

Antara kata-kata ayah : "Yan, banyakkanlah bersabar..sabar itu istana iman..banyakkan juga beristighfar ye..." Bila aku amati kata-kata ayah..hati ku membenarkan kata-kata itu...benar ayah..sabar memang istana iman..keindahan dalam beriman adalah sifat sabar yang dimiliki oleh seseorang...sabar memang senang diucap..bila kita dilanda musibah..dilanda masalah..rakan taulan, saudara mara akan menyarankan kita bersabar...namun untuk mengheret sifat sabar itu ke dalam hati begitu payah malah hampir mustahil pada ketika tertentu...moga bermula detik ini aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang sabar atas segala dugaan, ujian, cabaran dalam menempuh hidup.. hidup sebagai hamba mu ya Allah, sebagai isteri, ibu, anak, saudara, rakan, dan guru...insyaallah...

Saturday 22 October 2011

"Dosa: Satu risiko yang perlu diurus"

Pada hari Khamis 20/10/2011 yang lepas, aku berpeluang ke NIOSH yang terletak di Bangi. Alhamdulillah, sedikit sebanyak terbuka juga minda ini. Dapat banyak juga maklumat pasal NIOSH yang selama ini tak pernah diketahui. Basically, NIOSH is an academic centre which offers courses related to safety and health of an employees at workplace.  Actually, it's all about risks management.

Bercakap tentang risk management, saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu di sini. Sesuatu yang cuba saya hayati dari perspektif yang saya lihat sangat relevan. Pada ketika ini saya cuba merangka satu sudut pandangan yang saya sendiri sebenarnya masih teraba-raba. Justeru diperingkat ini mungkin "Dosa: Satu risiko yang perlu diurus" akan saya gunakan untuk saya menyampaikan apa yang saya maksudkan.

Apabila kita membicarakan isu pengurusan risiko, perbincangan akan terarah kepada objektif untuk mengelak kerugian atau meminimumkan amaun kerugian atas harta benda yang kita miliki. Pendek kata, kalau boleh kita tak mahu apa-apa kerugian berlaku atas harta benda kita dan kalau pun berlaku kita ada satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai bagi menyelamatkan harta benda tersebut dan akhirnya kerugian yang kita alami boleh diminimumkan. Begitulah sayangnya kita pada harta benda yang dipinjamkan Allah pada kita di dunia ini. Oleh itu bermacam-macam usaha kita untuk kedua-dua perkara di atas. Sesungguhnya tidak ada yang salah dengan situasi tersebut. Malah bagi saya, ia adalah sesuatu yang wajar. Sangat wajar! Cuma saya sebagai seorang Islam, tidak boleh tidak, pemikiran saya terarah untuk mengaitkan ilmu pengurusan risiko yang saya pelajari sekian lama ini dengan agama saya.

Hubungkait yang saya wujudkan ini sangat ringkas dan mudah.

Dosa = jambatan ke neraka!
Api neraka = Seksaan!
Seksaan = Kerugian !

So what?

Tak nak rugi elakkan seksaan!
Elak seksaan bermaksud jauhi neraka!
Tak jumpa neraka kalau avoid dosa!

Kesimpulannya, dalam kita mengurus risiko untuk tidak rugi di dunia, apa kata sesekali kita fikir-fikirkan apakah pelan tindakan kita untuk mengelak seksaan api neraka supaya tidak rugi di akhirat kelak....

Fikir-fikirkan...

Next post insyaallah saya akan kupas apakah pelan tindakan yang mungkin sesuai ye..guna steps in risk management juga ke? Tunggu!!!!!!!!!!

Wednesday 19 October 2011

TQ ALLAH

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT yang memberi izin untuk aku melaksanakan tugasan hidup pada hari ini 19/10/2011. Bermula dari jam 5.30 am hingga ke saat ini aku diberikan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab ku dalam pelbagai jawatan yang aku sandang.

Jawatan paling utama adalah sebagai hamba mu ya Allah. Sujud pada mu dan mengingati mu dalam tiap detik nadi ku. Mengagungkan mu dalam setiap hembusan nafasku dan mensyukuri nikmat mu yang tidak terhingga dengan mendukung teguh panji-panji agama mu dalam perjalanan ku di alam semesta ini....

Menyandang jawatan sebagai isteri kepada seorang suami tentulah menuntut pengertian dan pengorbanan yang bukan sedikit. Hari ini pengertian dan pengorbanan seikhlas mungkin cuba dihulurkan lantaran sang suami sedang diuji Allah dengan demam dan kaki yang membengkak. Walau sesekali terkesan dengan hasutan iblis yang dilaknat Allah. Namun jentikan rasa dan ilham dari Maha Pemberi Petunjuk akhirnya hati kembali terarah ke landasan yang lurus. Moga suami ku cepat sembuh dan kembali ceria.

Kewujudan ku sebagai umi kepada 4 orang cahaya mata anugerah Allah merupakan tugasan yang paling memberi signifan dalam hidup ini. Rutin hidup berkisar kepada mereka. Tidak boleh tidak mereka adalah senarai teratas dalam setiap perancangan dan pergerakan seharian. Namun, keutamaan untuk memastikan kesejahteraan buah hati umi ini paling kerap tersasar akibat sifat umi yang masih diperingkat sijil dalam mendalami ilmu kesabaran dan diplomasi. Hati sering merintih tatkala ada antara hati mereka yang dilukai. Kredit untuk diri sendiri pada hari ini apabila semua anak2 umi makan, main dan belajar dalam kehangatan kasih sayang umi. Moga kehangatan tersebut dapat mengubati pedihnya sembilu sembilu tajam yang pernah menghiris perasaan kalian. Kesimpulan yang umi boleh leraikan jawatan ini paling signifikan namun paling sukar mencorak hasil terbaik.

Siapalah akau tanpa ayah dan bonda...Jawatan sebagai anak walau sangat aku arif akan spesifikasinya namun sering juga aku lalai. Tiada panggilan telefon yang cuba aku sempatkan untuk ayah kandung dan ibu angkat ku yang entah sihat entahkan tidak, entahkan makan entahkan tidak, entahkan nyeyak tidurnya entahkan tidak...belum juga bingkisan doa untuk emak yang telah 2 tahun pergi meninggalkan alam fana ini...ya Allah..anak jenis apakah aku ini? Anak yang tidak mengenang jasa ayah dan emak...maaf ya Allah...maaf mak ...maaf ayah...Insyaallah tekad untuk memperbaiki ku semat kemas-kemas dilubuk hati.

Terima kasih atas rezeki Allah ke atas hamba mu ini yang kau pinjamkan jawatan pendidik untuk Kau sediakan selonggok duit di setiap hujung bulan yang dipanggil GAJI. Makin tahun makin meningkat namun makin tahun makin rasa tak cukup pulak...hahahaha..masalah ni memang tak dapat nak diselesaikan selagi nafsu shopping tidak dihumban 1000km jauh dari hati...Jawatan ini memberi aku peluang mengenali ramai personaliti menarik. Personaliti pelajar, rakan sekerja dan pihak luar yang aku berurusan. Maha Bijaksana Allah atas segala ketentuan qada dan qadar nya untuk AKU...

Alamak dah nak dekat jam 2 pagi...banyak lagi jawatan yang nak dibicarakan...harus meletakkan koma..bersambung di sidang lain..Insyaallah ya...

Asssalamualaikum wbt....

"Perjalanan hidup manusia hanyalah dengan satu tujuan..
namun diletakkan dipundaknya seribu tugasan...
berbahagialah mereka yang dapat menyiapkan tugasan dengan sabar
bergembiralah mereka yang dapat menyudahkan tugasan dengan redha
berseronoklah mereka yang dapat melaksanakan tugasan dengan tidak bermegah-megah untuk mendapat status ikhlas kerana Allah....."
- by Siti Khadijah @ 1.57 am @Thursday@2010/2011

Sunday 16 October 2011

Weekend ku..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt yang telah menetapkan bahawa aku masih bernafas sehingga saat ini, masih diberi peluang meneruskan pinjaman terhadap insan2 yang aku sayangi. Sesungguhnya tiada daya dan upaya aku tanpa izin Nya..

Sabtu dan Ahad memang hari yang ditunggu-tunggu lebih lebih lagi minggu ini hubby setuju untuk balik kampung seawal Jumaat. So lepas solat maghrib lebih kurang pukul 7.45 pm kami memulakan perjalanan. Kegembiraan berterusan apabila hubby setuju untuk menikmati makan malam di Senandung Malam. Maka dengan berselera kami menjamah pepahat dan pari bakar..memang sedap sehingga menjilat 10 jari..hahaha..nampak sangat buruk makan...Pukul 11.00 kami selamat sampai rumah mak. Abang ku yang sulung ada menemankan mak.Memang malam sabtu gilirannya untuk menemankan mak tidur. Baik anak mak seorang ni...Alhamdulillah...

Sabtu pagi, aku dikejutkan oleh Syazzy yang merengek nak susu. Bangun dan terus solat subuh. Milia dan Zaim pun sempat subuh. Melihat2 di dapur mak apa yang boleh dibuat sarapan. Jumpa sebungkus mee hoon. Ok.. nahas kau mee hoon ...hehehe..sambil tu masukkan baju dalam mesin basuh. Selesai semua tugasan pagi dalam pukul 10.00 a.m. Tengahari dapat melelapkan mata tapi bangun rasa sakit kat tulang belikat...adui hai..apasal pulak ni? minta tolong mak urut..hubby urut..dan kakak urut.

Petang ayah minta belikan maggi sebab ayah tak lalu makan..so dia nak something yang pedas dan masam. Kesian ayah..makin uzur. Malam masih terasa sakit belakang. Tidur pun tak berapa selesa..makan malam hubby belanja mee bandung dan nasi goreng, teh ais, kuaci. Tertidur masa tengok drama korea.

Ahad pagi2 dah bersiap2 nak gi pasar pagi (lebih kurang pasar tani) kat pekan salak dengan kakak ku. Punya lah payah nak parking. Syoknyer pasar ni macam2 ada...!! Tujuan kami pergi sebab nak cari tulang lembu nak buat sup tulang untuk ayah..moga ayah suka dan makan banyak...

Petang bersiap-siap nak balik. Hari ni balik awal sebab esok anak2 nak exam. Tapi on d way balik abang ku call ajak datang rumah dia kat Salak makan durian ..apalagi..rezeki jangan ditolak..sampai sana bukan setakat durian tapi kedondong, limau kasturi dan kuinin pun aku dapat..fuh best..best..allamdulillah..

Sampai rumah terus kopek durian dan makan dgn hubby dan anak2..dah kenyang ..bukak blog...hehehe...
Pas ni nak gosok baju, unpack barang dari kampung tadi..Ya allah jam dah pukul 12.20a.m..bila nak tidur ni? uwa uwa wa wa...i need a helper!!!

Anyway..Good night..

Monday 3 October 2011

Milia merupakan nama panggilan yang jarang digunakan untuk anak sulong ku..tapi sesekali aku memanggilkan dengan panggilan tersebut..dan dia ku lihat senang dengan panggilan tersebut. Sedang meniti usia awal remaja anak gadis ku ini memang tidak dinafikan mempunyai IQ dan EQ yang agak baik. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kehadirannya yang telah menyerikan alam rumahtangga ku selama 11 tahun ini. Syukur yang tidak terhingga atas segala yang ada pada dirinya.

Namun apa yang aku kesalkan adalah sikap ku yang agak keterlaluan terhadap Milia. Sikap baran yang tidak mengenal masa dan tempat. Seringkali dia menjadi mangsa amarah ku yang kadang kala tidak berasas. Bukan sekali dua telinganya merah ku pulas. Bukan juga sedikit tanda lebam pada betisnya tatkala betisnya ku libas dengan penyangkut baju. Hingga satu tahap pernah juga pijar mulutnya ku lumurkan cili giling. Dan kebelakangan ini, ringan saja tangan ku menarik-narik rambutnya sekuat-kuat hati ku...Ya Allah ibu jenis apakah aku ini?????

Milia, maafkan umi sayang. Sesungguhnya setelah semua itu umi perlakukan terhadap mu bagai ingin pecah dada ini menahan pedih..seperti mahu meletup jantung umi akibat dari penyesalan yang bukan sedikit. Milia, namun kau mempunyai hati yang tabah malah umi boleh katakan hati yang bersih..Walau seteruk mana umi memperlakukan mu ..kau tetap berdiri di situ. Kau masih patuh dengan apa saja arahan umi selepas itu. Air mata mu kau tahan sedaya mungkin. Esakan mu kau simpul mati. Sedihnya hati mu kau lemparkan ke laut tidak berpenghujung...Milia, betapa malunya umi dengan sikap diri sendiri. Kematangan mu benar-benar membuat kolam hati umi banjir dengan penyesalan dan rasa malu yang bukan sedikit.

Dikala ini ketika melihat wajah mu yang sedang nyenyak dibuai mimpi mungkin, air mata umi jatuh berderai. Air mata sesal..air mata insaf..air mata cinta pada mu Milia. Kalau lah boleh umi putarkan masa..umi ingin pastikan dirimu sentiasa dalam dakapan hangat umi..nakal mu menjadi hiburan umi..hati mu selalu tenang dan girang mendampingi umi yang lembut dan penyayang.

Milia, umi rasa belum terlambat untuk itu. Sesungguhnya setiap hari..seawal fajar pagi acap kali umi bingkiskan doa supaya umi menjadi umi yang lebih baik, lebih sabar, lebih penyayang dari umi yang semalam. Moga Allah mendengar doa umi dan memakbulkannya. Setiap hari umi berazam untuk menjadi umi yang baik, umi yang lembut dan penyayang agar sifat itu dapat umi tarbiahkan kepada mu sayang. Insyaallah..moga allah mengizinkan.

Milia, umi tinggalkan Milia dengan kucupan sayang. Beradulah dengan lena..Moga mimpi indah menyelesuri batas lenamu. Gugurkan dedaun kecewa yang tumbuh dihatimu. Cantas ranting pilu yang membesar ditebing hatimu. Moga bangun mu di hari esok dengan sejuta harapan, selaut impian. Kerana umi nekad. Nekad untuk lahir semula sebagai umi yang penyayang untuk Milia dan adik-adik. Tekad untuk mentarbiah Milia dan adik-adik dari sifat umi yang solehah ..Insyaallah

Friday 9 September 2011

Ujian demi ujian..

Ujian demi ujian..semua datang dalam satu jarak masa yang singkat. Seminggu sebelum puasa abang ku yang kedua angah patah tangan kerana terjatuh motor. Sempat datang melawat angah..malam tu pulak siaran lansung Malaysia lawan Singapore..fuh layan bola kat umah angah. Tengah syok layan kak andak and family sampai..makin meriah umah angah..sambil tu-makan2 dan berborak dengan kak ngah dan kak andak..dari cerita ganti puasa hingga cerita belajar ngaji..fuh ilmiah sungguh..

bye..nanti sambung...

Friday 1 July 2011

KURSUS LAGI...

Selama 3 hari (28-30 Jun 2011) saya telah menghadiri kursus softskill yang diadakan di jabatan. Hati terasa begitu malas untuk masuk ke kursus tersebut..lebih-lebih lagi bila KP kata lepas hadir kursus kena mengajar kursus softskill..dalam hati berkata diri sendiri pun tak berapa nak ada skill..hahaha..tapi kaki tetap dihayun masuk ke bilik kuliah dan hati dipujuk.."sekurang-kurangnya bertambah ilmu..."

Sejurus masuk ke bilik kuliah, penceramah muncul...Wow! Very nice suit...and he is kind of gorgeous!!!hahaha..dan selama 3 hari berkongsi pengalaman..terbukti dia seorang boleh dan layak dikagumi..seorang pensyarah di sebuah universiti yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UK tapi masih ada masa memberi ceramah/kursus..yang paling penting sepanjang tiga hari ni tak rasa boring langsung...bukan saya saja tapi rakan2 peserta yang lain pun tak nampak ada seorang pun yang tersengguk-sengguk dan meleleh air liur basi...hahaha..beliau penuh dengan semangat dan bersungguh2 dalam berkongsi ilmu bagi memastikan kami mendapat sebanyak mungkin ilmu agar dapat diparktikkan kepada pelajar kami ...nampak sangat dia mempunyai jiwa yang sangat mengambil berat tentang anak bangsa...memang kagum!! Approach yang digunakan sangat live...dan ikhlas dalam memberi komen...pandai juga berlawak...bak kata orang memang best lah...hahahha...Kepada En Kamril Juraidi bin Haji Abdul Karim...moga Encik berjaya menyelesaikan PHD dan bertemu jodoh yang baik.Amin...and tqvm for celebrate my birthday during the course..i'm very surprise and speechless...really appreciate it...Insyaallah ilmu yang dikongsi akan digunkan sebaiknya....alhamdullillah dan terima kasih Allah kerana memberi izin dan kesempatan meminjamkan ilmu mu...moga diriku akan dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang-orang disekeliling ku...amin...

Monday 27 June 2011

Siapa diri mu di hati ku?

Tatkala kali pertama bertentang mata,
ada rasa terbetik di tangkai jiwa
dalam kecelaruan menyambut salam perkenalan
serasa bersamanya kedamaian yang dihulurkan...

Dalam mengharung lautan persahabatan
kerap sungguh budi ditabur
jarang sekali bertikam lidah
tidak pernah kata didusta
namun hati tidak pernah terpaut...

Bila jasad jauh terpisah
getar rasa mula gelora
entah bila ia bermula
tiada jawapan untuk itu
yang pasti tanpa sedar hati mengumpul seberkas rindu

Berlari bersama masa kuntum kasih mula berputik
disiram dibaja hingga mekar dijambangan
sesekali kemarau melanda
adakala banjir menduga
kerapkali juga badai menggila



Kasih, sayang dan cinta
yang penuh terpendam di lubuk jiwa ini
tiada yang lain dapat miliki
ku serahkan segalanya
kutumpahkan segenapnya
ke laman hatimu
ke seluruh pelusuk sanubarimu
biar wanginya menyemarak jalanmu
biar cahayanya menyuluh titianmu
biar serinya sentiasa menyinari hidupmu...

Itu tekadku
dari hari pertama kau mengucup dahiku
yang sah menyandang gelaran ratu dalam hidupmu....

Blog ku berwajah baru..

Salam..wah berjaya juga diriku make over serba sikit blog ni..yang penting dah masukkan lagu fav..yang boleh dilayan ketika jari jemari ini mencoretkan sesuatu...cayalah...

Wednesday 4 May 2011

SARAH KAMARINA....Ku nukilkan namamu dihari kedua kau bernafas di dunia ini. Saat itu hati ini sarat dengan rasa syukur. Penuh dengan perasaan girang. Menyambut kehadiran mu ke dunia ini sememangnya dinantikan. Kau pelengkap kehidupan kami.

Saturday 2 April 2011

Salam...
Hai dah lama tak menjenguk kat blog sendiri..kesian blog ni..hahaha..
So apa perkembangan terbaru? Nothing...life goes as usual..same routine ..same feeling...what a boring life...??
Nasib baik ada anak-anak yang jadi penguat semangat dan penghibur hati...eventhough i frequently scold them, but yet everytime i fetch them from school or nursery they always giving me a warm hug and sweet smile...how great that feeling was...tq Allah for giving me such a precious kids...now looking at their faces while in sleep make me feel so fortunate...Syabil Kamilia, Syahmi Zaim, Sarah Kamarina and Syazzy Zikry...only Allah knows how much you mean to me...

Sunday 6 March 2011

Pantun untuk sahabat

Kak Zura and Mek Su,
Thanx for your help...really appreciate it..

Harum melati harum kasturi
Hiasan indah di tengah anjung
Sahabat sejati raja dihati
peneman hidup hingga je hujung.....

Saturday 5 March 2011

HATI..JANGAN BERSEDIH..

Jangan Bersedih...judul sebuah buku yang aku tahu sangat laku di pasaran.  Aku pernah membeli senaskah untuk ku hadiahkan kepada kakak ku ketika ulang tahun kelahirannya setahun dua yang lalu. Buku motivasi yang mengajak manusia untuk sentiasa bersyukur. Namun,apa yang pasti sampai ke hari ini aku sendiri belum memilikinya. Dan sudah pasti juga belum lagi menyingkap helaiannya.

Aghhh..lupakan tentang buku itu..apa yang bermain dibenakku sekarang ini tidak sekelumitpun berkaitan dengan buku tersebut. Aku sedang memujuk hati..sedang meleraikan simpulan kegusaran yang sedari tadi terasa bagai membelit tangkai jiwa. Sedang cuba mendamaikan kolam perasaan yang terasa bergelora.

 Justeru dua bait perkatan itu datang dan pergi silih berganti. Aku tahu akal ku juga sedang memainkan peranannya. Cuba membawa aku ke medan rasional yang terbentang. Cuba untuk membawa pemikiran ini balik ke pangkal jalan. Supaya aku dapat penyelesaian terbaik mengikut kata akal yang direzekikan Allah. 

Lalu perlukah aku kuburkan geloraan perasaan ini yang sememangnya mengheret aku untuk bersedih, berduka lara, bermuram durja? Wahai hati..perlukah aku?

Ya allah..sesungguhnya hanya kepada mu aku memohon petunjuk dan hidayah. Aku adalah hamba mu yang  sangat lemah..sangat tidak berdaya ya Allah..tunjukkan hamba mu ini jalan yang lurus yakni jalan orang-orang yang telah engkau redhai dan bukan pula jalan-jalan orang yang engkau sesatkan ya Allah. Sesungguhnya ya Allah..engkaulah tuhan yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu. Hati ini milik mu ya Allah..akal ini juga milikku ya Allah..pimpinlah kedua-duanya ya Allah..agar aku sentiasa di dalam redha mu.

Ya allah, aku cuba untuk berbuat baik dengan niat hanya untuk mendapat keredhaan mu. Niat ku hanya satu ya Allah, supaya apabila sampai masa aku menghadap mu ada pahala kebaikan yang mengiringi aku. Supaya berat timbangan pahala ku dari timbangan dosaku. Sesungguhnya ya Allah aku amat takut akan perit pedihnya api neraka mu. Tidak akan termampu aku ya Allah untuk menerimanya.

Namun apa yang menekan perasaan ku ini ya Allah, kebaikan yang telah aku hulurkan seakan memakan diriku sendiri. Dimanakah silapnya? Apa kah kerana kurangnya rasa keikhlasan? Adakah kerana dalam aku menghulurkan kebaikan tapi disudut hati mengharapkan segunung balasan?Adakah kerana egoku yang menjulang? Atau adakah syaitan sedang cuba untuk mengapi-apikan perasaan ini agar aku turut sesat bersamanya? Ya Allah aku ingin berlaku baik yakni sebenar-benar kebaikan sehingga keakhirnya ya Allah...bantulah aku..

Ya Allah pimpinlah jua hati dan akal ini agar tidak mudah merasa tertekan dengan pandangan, anggapan dan nilaian orang lain terhadap kelemahan diri ini...aku sedar ya Allah, 1001 satu kelemahan melekat di sekujur tubuh ku ini..sememangnya aku lemah ya Allah..berikanlah aku ketenangan fikiran dan jauhkan lah sifat suka bersedih2 dalam hatiku ini ya Allah...amin.

Friday 25 February 2011

Maafkan umi...

24/2/2011 - Tepat jam 6 petang umi dah sampai depan pintu nursery. Mana anak umi? Di mana sayyzy dan sarah?Rupa-rupanya pembantu taska sedang membersihkan syazzy yang baru saja muntah. Umi menunggu dengan sabar. Syazzy dan sarah diserahkan kepada umi seminit selepas itu. Tiada apa-apa pesanan dari pembantu taska tersebut. Dan sebenarnya umi pun terlupa nak tanya kenapa syazzy muntah?

6.45 ptg- Rutin di rumah juga berterusan. Lepas semua anak-anak umi mandi, umi terjerit-jerit mengarahkan untuk turun makan. Tidak seperti biasa, syabil yang selalunya tak sabar-sabar nak makan malam ini nampak tidak bermaya. Anak sulung umi malam ini nampak tidak sihat. "Pening kepala lah umi"..adunya. "Kak long tak nak makan lah umi..tak larat..kak long rasa nak terus tidur.." Walau pun umi rasa simpati tapi mulut umi tetap nak berdebat dengan syabil. Tak cukup dengan itu macam-macam yang umi suruh syabil buat. Solat dulu, kemas bilik dulu termasuklah ambil penyapu kat bawah. Hati kecil umi rasa bersalah tapi umi tetap nak menyalahgunakan kuasa veto umi...dalam hati umi kasihan tapi umi pura-pura garangkan diri...bila umi dah puas hati baru lah syabil dapat tidur..tanpa makan malam...ya allah kasihannya anak aku...masa syabil dah terlelap umi selimutkan syabil..maafkan umi sayang...

8.30 malam - Syazzy selesai menyusu. Tak sampai seminit terbelahak muntah..ish..tensionnya rasa. Terpaksa mengelap muntah. Tak sampai 15 minit umi bagi lagi sikit susu. Sama macam situasi tadi belum sampai seminit muntah lagi. Ya allah sabarkan hatiku..Akhirnya umi dapat tidurkan syazzy yang dah lebih setengah jam merengek-rengek. Umi pun terlelap sama.

10.00 malam - Ayah balik dan kejutkan umi. Umi buat laporan pasal anak-anak umi pada ayah. Ayah suruh umi sabar. Ayah pergi jenguk Syabil di bilik sebelah. Alih-alih umi dengar suara ayah terjerit-jerit panggil umi. Umi bergegas ke bilik syabil. Ya Allah..muntah!!!! Atas katil??!! Memang malam ni Allah takdirkan umi membersihkan muntah anak-anak umi....Selang 15 minit lepas tu syazzy muntah lagi...akhirnya katil semua tak bercadar..lepas umi bersihkan muntah umi campak semua tu dalam mesin..

25/2//2011- 6.15 pagi. Pagi-pagi umi buatkan susu untuk syazzy macam selalu. Ya Allah, lepas je minum muntah. Oh tak boleh jadi macam ni...apa dah jadi dengan syazzy? Umi berhentikan syazzy dari minum susu. Umi gantikan susu dengan air suam. Hampir tak percaya umi dibuatnya, lepas minum air suam pun terbelahak syazzy muntah. Umi buat keputusan untuk cuti hari ini. Umi kena bawa syazzy ke klinik segera dan umi akan pantau sendiri keadaaanya di rumah.

7.30 pagi umi telefon pemilik taska untuk bertanyakan keadaan syazzy semalam. Adakah syazzy ada terjatuh? Berapa kali dia muntah? Mujur jawapan yang diberikan agak melegakan umi walaupun bukan 100%. Syazzy tak jatuh cuma mungkin ada jangkitan dari kawan sebilik.

8.30 pagi. Umi, syabil sarah dan syazzy dah setia menunggu depan pintu klinik. Hanya zaim sahaja yang sihat dan dia ke sekolah seperti biasa. Pagi lagi zaim dah dihantar oleh ayah. Sarah pula umi bawa sekali sebab dua tiga hari ni sarah batuk teruk. Walau dah dibagi ubat tapi namapk macam tak ada kesan. Bibir syazzy dah pecah dan dah nak berdarah. Umi tahu itu ada kerana badan syazzy dah dihydrated. Ya allah moga syazzy tak apa-apa.

9.30 pagi. Bermula lah episod makan ubat. Doktor kata kalau masih muntah kena refer hospital.Oh tolong...umi tak nak duduk hospital lagi. Please anak2 umi makan ubat supaya cepat sihat dan kita tak payah berkampung di SMC tu...umi bukan apa..bukan tak nak jaga kalian..tapi..argh..susah untuk umi jelaskan.

10.15 pagi. Panggilan makan ubat kal.i ke dua. Lepas 15 minit makan ubat ni baru kalian boleh makan. Umi dah siapkan bubur dan sup ayam. Sebenarnya sepanjang 45 minit ni syazzy menanggis nak minum dan makan tapi umi tak bagi atas arahan doktor. Cuma umi dapat sudukan syazzy dengan air 100 plus je... Kesian juga umi dengan syazzy..

10.30 pagi. akhirnya umi suapkan syazzy bubur dan sup ayam. Syabil pun makan tapi tak banyak. Masih tak selera. Syazzy hanya mampu telan 5 suap sahaja. Lepas tu umi tidurkan syazzy. Sejurus selepas itu sarah umi arahkan ke toilet kerana katanya hendak buang air kecil. Tapi bila umi sampai depan pintu bilik air..Masyaallah...SARAH!!!!!!!!!!!!!! Ya allah..umi dah hilang sabar...maafkan umi sarah.....

Monday 21 February 2011

tq mek su.....

mek..you make my dream comes true...tqvm dear...