Saturday 22 October 2011

"Dosa: Satu risiko yang perlu diurus"

Pada hari Khamis 20/10/2011 yang lepas, aku berpeluang ke NIOSH yang terletak di Bangi. Alhamdulillah, sedikit sebanyak terbuka juga minda ini. Dapat banyak juga maklumat pasal NIOSH yang selama ini tak pernah diketahui. Basically, NIOSH is an academic centre which offers courses related to safety and health of an employees at workplace.  Actually, it's all about risks management.

Bercakap tentang risk management, saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu di sini. Sesuatu yang cuba saya hayati dari perspektif yang saya lihat sangat relevan. Pada ketika ini saya cuba merangka satu sudut pandangan yang saya sendiri sebenarnya masih teraba-raba. Justeru diperingkat ini mungkin "Dosa: Satu risiko yang perlu diurus" akan saya gunakan untuk saya menyampaikan apa yang saya maksudkan.

Apabila kita membicarakan isu pengurusan risiko, perbincangan akan terarah kepada objektif untuk mengelak kerugian atau meminimumkan amaun kerugian atas harta benda yang kita miliki. Pendek kata, kalau boleh kita tak mahu apa-apa kerugian berlaku atas harta benda kita dan kalau pun berlaku kita ada satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai bagi menyelamatkan harta benda tersebut dan akhirnya kerugian yang kita alami boleh diminimumkan. Begitulah sayangnya kita pada harta benda yang dipinjamkan Allah pada kita di dunia ini. Oleh itu bermacam-macam usaha kita untuk kedua-dua perkara di atas. Sesungguhnya tidak ada yang salah dengan situasi tersebut. Malah bagi saya, ia adalah sesuatu yang wajar. Sangat wajar! Cuma saya sebagai seorang Islam, tidak boleh tidak, pemikiran saya terarah untuk mengaitkan ilmu pengurusan risiko yang saya pelajari sekian lama ini dengan agama saya.

Hubungkait yang saya wujudkan ini sangat ringkas dan mudah.

Dosa = jambatan ke neraka!
Api neraka = Seksaan!
Seksaan = Kerugian !

So what?

Tak nak rugi elakkan seksaan!
Elak seksaan bermaksud jauhi neraka!
Tak jumpa neraka kalau avoid dosa!

Kesimpulannya, dalam kita mengurus risiko untuk tidak rugi di dunia, apa kata sesekali kita fikir-fikirkan apakah pelan tindakan kita untuk mengelak seksaan api neraka supaya tidak rugi di akhirat kelak....

Fikir-fikirkan...

Next post insyaallah saya akan kupas apakah pelan tindakan yang mungkin sesuai ye..guna steps in risk management juga ke? Tunggu!!!!!!!!!!

Wednesday 19 October 2011

TQ ALLAH

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT yang memberi izin untuk aku melaksanakan tugasan hidup pada hari ini 19/10/2011. Bermula dari jam 5.30 am hingga ke saat ini aku diberikan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab ku dalam pelbagai jawatan yang aku sandang.

Jawatan paling utama adalah sebagai hamba mu ya Allah. Sujud pada mu dan mengingati mu dalam tiap detik nadi ku. Mengagungkan mu dalam setiap hembusan nafasku dan mensyukuri nikmat mu yang tidak terhingga dengan mendukung teguh panji-panji agama mu dalam perjalanan ku di alam semesta ini....

Menyandang jawatan sebagai isteri kepada seorang suami tentulah menuntut pengertian dan pengorbanan yang bukan sedikit. Hari ini pengertian dan pengorbanan seikhlas mungkin cuba dihulurkan lantaran sang suami sedang diuji Allah dengan demam dan kaki yang membengkak. Walau sesekali terkesan dengan hasutan iblis yang dilaknat Allah. Namun jentikan rasa dan ilham dari Maha Pemberi Petunjuk akhirnya hati kembali terarah ke landasan yang lurus. Moga suami ku cepat sembuh dan kembali ceria.

Kewujudan ku sebagai umi kepada 4 orang cahaya mata anugerah Allah merupakan tugasan yang paling memberi signifan dalam hidup ini. Rutin hidup berkisar kepada mereka. Tidak boleh tidak mereka adalah senarai teratas dalam setiap perancangan dan pergerakan seharian. Namun, keutamaan untuk memastikan kesejahteraan buah hati umi ini paling kerap tersasar akibat sifat umi yang masih diperingkat sijil dalam mendalami ilmu kesabaran dan diplomasi. Hati sering merintih tatkala ada antara hati mereka yang dilukai. Kredit untuk diri sendiri pada hari ini apabila semua anak2 umi makan, main dan belajar dalam kehangatan kasih sayang umi. Moga kehangatan tersebut dapat mengubati pedihnya sembilu sembilu tajam yang pernah menghiris perasaan kalian. Kesimpulan yang umi boleh leraikan jawatan ini paling signifikan namun paling sukar mencorak hasil terbaik.

Siapalah akau tanpa ayah dan bonda...Jawatan sebagai anak walau sangat aku arif akan spesifikasinya namun sering juga aku lalai. Tiada panggilan telefon yang cuba aku sempatkan untuk ayah kandung dan ibu angkat ku yang entah sihat entahkan tidak, entahkan makan entahkan tidak, entahkan nyeyak tidurnya entahkan tidak...belum juga bingkisan doa untuk emak yang telah 2 tahun pergi meninggalkan alam fana ini...ya Allah..anak jenis apakah aku ini? Anak yang tidak mengenang jasa ayah dan emak...maaf ya Allah...maaf mak ...maaf ayah...Insyaallah tekad untuk memperbaiki ku semat kemas-kemas dilubuk hati.

Terima kasih atas rezeki Allah ke atas hamba mu ini yang kau pinjamkan jawatan pendidik untuk Kau sediakan selonggok duit di setiap hujung bulan yang dipanggil GAJI. Makin tahun makin meningkat namun makin tahun makin rasa tak cukup pulak...hahahaha..masalah ni memang tak dapat nak diselesaikan selagi nafsu shopping tidak dihumban 1000km jauh dari hati...Jawatan ini memberi aku peluang mengenali ramai personaliti menarik. Personaliti pelajar, rakan sekerja dan pihak luar yang aku berurusan. Maha Bijaksana Allah atas segala ketentuan qada dan qadar nya untuk AKU...

Alamak dah nak dekat jam 2 pagi...banyak lagi jawatan yang nak dibicarakan...harus meletakkan koma..bersambung di sidang lain..Insyaallah ya...

Asssalamualaikum wbt....

"Perjalanan hidup manusia hanyalah dengan satu tujuan..
namun diletakkan dipundaknya seribu tugasan...
berbahagialah mereka yang dapat menyiapkan tugasan dengan sabar
bergembiralah mereka yang dapat menyudahkan tugasan dengan redha
berseronoklah mereka yang dapat melaksanakan tugasan dengan tidak bermegah-megah untuk mendapat status ikhlas kerana Allah....."
- by Siti Khadijah @ 1.57 am @Thursday@2010/2011

Sunday 16 October 2011

Weekend ku..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt yang telah menetapkan bahawa aku masih bernafas sehingga saat ini, masih diberi peluang meneruskan pinjaman terhadap insan2 yang aku sayangi. Sesungguhnya tiada daya dan upaya aku tanpa izin Nya..

Sabtu dan Ahad memang hari yang ditunggu-tunggu lebih lebih lagi minggu ini hubby setuju untuk balik kampung seawal Jumaat. So lepas solat maghrib lebih kurang pukul 7.45 pm kami memulakan perjalanan. Kegembiraan berterusan apabila hubby setuju untuk menikmati makan malam di Senandung Malam. Maka dengan berselera kami menjamah pepahat dan pari bakar..memang sedap sehingga menjilat 10 jari..hahaha..nampak sangat buruk makan...Pukul 11.00 kami selamat sampai rumah mak. Abang ku yang sulung ada menemankan mak.Memang malam sabtu gilirannya untuk menemankan mak tidur. Baik anak mak seorang ni...Alhamdulillah...

Sabtu pagi, aku dikejutkan oleh Syazzy yang merengek nak susu. Bangun dan terus solat subuh. Milia dan Zaim pun sempat subuh. Melihat2 di dapur mak apa yang boleh dibuat sarapan. Jumpa sebungkus mee hoon. Ok.. nahas kau mee hoon ...hehehe..sambil tu masukkan baju dalam mesin basuh. Selesai semua tugasan pagi dalam pukul 10.00 a.m. Tengahari dapat melelapkan mata tapi bangun rasa sakit kat tulang belikat...adui hai..apasal pulak ni? minta tolong mak urut..hubby urut..dan kakak urut.

Petang ayah minta belikan maggi sebab ayah tak lalu makan..so dia nak something yang pedas dan masam. Kesian ayah..makin uzur. Malam masih terasa sakit belakang. Tidur pun tak berapa selesa..makan malam hubby belanja mee bandung dan nasi goreng, teh ais, kuaci. Tertidur masa tengok drama korea.

Ahad pagi2 dah bersiap2 nak gi pasar pagi (lebih kurang pasar tani) kat pekan salak dengan kakak ku. Punya lah payah nak parking. Syoknyer pasar ni macam2 ada...!! Tujuan kami pergi sebab nak cari tulang lembu nak buat sup tulang untuk ayah..moga ayah suka dan makan banyak...

Petang bersiap-siap nak balik. Hari ni balik awal sebab esok anak2 nak exam. Tapi on d way balik abang ku call ajak datang rumah dia kat Salak makan durian ..apalagi..rezeki jangan ditolak..sampai sana bukan setakat durian tapi kedondong, limau kasturi dan kuinin pun aku dapat..fuh best..best..allamdulillah..

Sampai rumah terus kopek durian dan makan dgn hubby dan anak2..dah kenyang ..bukak blog...hehehe...
Pas ni nak gosok baju, unpack barang dari kampung tadi..Ya allah jam dah pukul 12.20a.m..bila nak tidur ni? uwa uwa wa wa...i need a helper!!!

Anyway..Good night..

Monday 3 October 2011

Milia merupakan nama panggilan yang jarang digunakan untuk anak sulong ku..tapi sesekali aku memanggilkan dengan panggilan tersebut..dan dia ku lihat senang dengan panggilan tersebut. Sedang meniti usia awal remaja anak gadis ku ini memang tidak dinafikan mempunyai IQ dan EQ yang agak baik. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kehadirannya yang telah menyerikan alam rumahtangga ku selama 11 tahun ini. Syukur yang tidak terhingga atas segala yang ada pada dirinya.

Namun apa yang aku kesalkan adalah sikap ku yang agak keterlaluan terhadap Milia. Sikap baran yang tidak mengenal masa dan tempat. Seringkali dia menjadi mangsa amarah ku yang kadang kala tidak berasas. Bukan sekali dua telinganya merah ku pulas. Bukan juga sedikit tanda lebam pada betisnya tatkala betisnya ku libas dengan penyangkut baju. Hingga satu tahap pernah juga pijar mulutnya ku lumurkan cili giling. Dan kebelakangan ini, ringan saja tangan ku menarik-narik rambutnya sekuat-kuat hati ku...Ya Allah ibu jenis apakah aku ini?????

Milia, maafkan umi sayang. Sesungguhnya setelah semua itu umi perlakukan terhadap mu bagai ingin pecah dada ini menahan pedih..seperti mahu meletup jantung umi akibat dari penyesalan yang bukan sedikit. Milia, namun kau mempunyai hati yang tabah malah umi boleh katakan hati yang bersih..Walau seteruk mana umi memperlakukan mu ..kau tetap berdiri di situ. Kau masih patuh dengan apa saja arahan umi selepas itu. Air mata mu kau tahan sedaya mungkin. Esakan mu kau simpul mati. Sedihnya hati mu kau lemparkan ke laut tidak berpenghujung...Milia, betapa malunya umi dengan sikap diri sendiri. Kematangan mu benar-benar membuat kolam hati umi banjir dengan penyesalan dan rasa malu yang bukan sedikit.

Dikala ini ketika melihat wajah mu yang sedang nyenyak dibuai mimpi mungkin, air mata umi jatuh berderai. Air mata sesal..air mata insaf..air mata cinta pada mu Milia. Kalau lah boleh umi putarkan masa..umi ingin pastikan dirimu sentiasa dalam dakapan hangat umi..nakal mu menjadi hiburan umi..hati mu selalu tenang dan girang mendampingi umi yang lembut dan penyayang.

Milia, umi rasa belum terlambat untuk itu. Sesungguhnya setiap hari..seawal fajar pagi acap kali umi bingkiskan doa supaya umi menjadi umi yang lebih baik, lebih sabar, lebih penyayang dari umi yang semalam. Moga Allah mendengar doa umi dan memakbulkannya. Setiap hari umi berazam untuk menjadi umi yang baik, umi yang lembut dan penyayang agar sifat itu dapat umi tarbiahkan kepada mu sayang. Insyaallah..moga allah mengizinkan.

Milia, umi tinggalkan Milia dengan kucupan sayang. Beradulah dengan lena..Moga mimpi indah menyelesuri batas lenamu. Gugurkan dedaun kecewa yang tumbuh dihatimu. Cantas ranting pilu yang membesar ditebing hatimu. Moga bangun mu di hari esok dengan sejuta harapan, selaut impian. Kerana umi nekad. Nekad untuk lahir semula sebagai umi yang penyayang untuk Milia dan adik-adik. Tekad untuk mentarbiah Milia dan adik-adik dari sifat umi yang solehah ..Insyaallah