Thursday 17 November 2011

Takaful

Takaful merupakan satu konsep di bawah sistem muamalat. Malaysia merupakan antara negara yang mempolopori konsep ini iaitu seawal tahun 1980an. Takaful dilihat sebagai satu keperluan pada ketika itu kerana negara ingin menyediakan satu sistem yang menepati syariah Islam. Keperluan ini adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama pada ketika itu yang menyatakan bahawa konsep, aqad dan operasi insurans adalah tidak menepati lunas-lunas syariah.

Fatwa Pengharaman Insuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)    
     

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kategori : Ekonomi Tajuk : Insurans
   
     
Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus. Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970.
   

Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.

Oleh : Persidangan ke 16

Tarikh : 15 Feb 1979
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979. 


Sumber :
JAKIM

 Justeru itu, wahai sekalian muslim, adalah suatu yang wajib bagi kita meninggalkan yang haram dan mengambil yang halal sementelah kita telah mempunyai ilmu dan pilihan.

Saturday 12 November 2011

MUKMIN PROFESIONAL

Aku telah lama berkenalan dengan jenama "MUKMIN PROFESIONAL' yang diperkenalkan oleh Pahrol Muhamad Juoi dalam Majalah Solusi. Kalau tak silap lebih 2 tahun yang lepas. Sejak dari itu aku memang tak mahu ketinggalan untuk memiliki naskah majalah tersebut pada setiap isunya. Pada Disember 2010 aku telah meghadiahkan Buku "MUKMIN PROFESIONAL-CELIK MATA HATI" kepada kakak ku sempena ulang tahun kelahirannya memandangkan dia juga pelanggan tetap Solusi. Pada ketika itu hati ku berbelah bagi samada ingin menghadiahkan buku itu kepadanya atau aku simpan untuk koleksi ku sendiri. Terfikir juga nak beli 2 buah sekali, tapi memandangkan budget yang tak berapa nak ok bulan tersebut jadi aku beli senaskah dulu.  Akhirnya aku rasa aku telah membuat kepeutusan yang betul dengan menghadiahkan dulu naskah tersebut kepada kakak ku. Dan aku berazam untuk mendapatkan sendiri naskah tersebut kemudian.

Alhamdulillah, kini naskah tersebut telah aku miliki. Rasanya dalam bulan April atau Mei yang lepas. Sebelum tu ada 2 buah buku Pahrol yang telah berada dalam koleksi library ku. Sebenarnya aku nak berkongsi sedikit ilmu dari buku tersebut. Tentang Muhammad SAW yang nabi junjungan yang seharusnya sentiasa menjadi idola dan ikutan kita dalam kehidupan ini. Satu pandangan yang amat berbeza dari tulisan yang di baca sebelum ini.

Apabila kita membaca tentang kejayaan Muhammad SAW dalam banyak aspek terutama  sebagai seorang peniaga/usahawan kepada majikannya Siti Khadijah, faktor kejayaan yang di'highlight'kan (maaf tak dapat cari perkataan bahasa melayu) adalah kerana baginda seorang yang jujur dan amanah. Ya, memang benar itu merupakan faktor kejayaan baginda. Tetapi menurut Pahrol, itu bukanlah semata-mata faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut. Baginda juga seorang yang:
  • menepati waktu, patuh pada janji (mengamalkan sistem pengurusan masa yang efisien)
  • pakar dalam bidang komunikasi
  • mempunyai kemahiran interpersonal
  • memahami kehendak klien
  • arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim
Jadi, konsep mukmin dan konsep profesional kedua-dua ada pada Nabi SAW. Sebagai mukmin baginda seorang yang jujur dan sebagai seorang berprofesion peniaga/usahawan beliau mempunyai nilai profesional yang tinggi.

Maha Bijaksana Allah atas segala yang telah diaturnya. MasyaAllah...

Friday 11 November 2011

SATU PERMULAAN

             Alhamdullillah semalam dan hari sebelum semalam aku telah berjaya mencabar diri sendiri dan cabaran itu berjaya disambut. Maka tepat jam 4.30 petang dalam keadaan yang agak "hurry" akhirnya aku berjaya meletakkan naskah esei ku di meja urusetia (unit kualiti PSA). Walau aku tahu isi esei itu tak lah seberapa, tapi aku tetap rasa lega. Tapi kata Kak Haniza kata sebenarnya aku dah menang. Menang kerana berjaya menghantar esei tersebut. Bila aku fikirkan semula, ada betul kata-katanya. Apa-apa pun alhamdulillah atas kesempatan dan keizinan dari Allah SWT. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini untuk melakukan apa pun tanpa keizinanNYA.

         Bila dan mula menulis, terasa pula keseronokannya. Ada macam-macam pula rancangan untuk menulis selepas ini. InsyaAllah, kalau diberikan keizinan oleh Nya, pasti ada cara dan tergerak hati untuk bertindak. Bukan apa, bila nak menulis, kena banyak membaca, so terisi masa dengan perkara berfaedah. Bila banyak membaca, baru tahu banyak perkara, minda pun terbuka. Alhamdulillah. Sebelum ni bukan tak suka membaca. Suka. Sangat suka. Tapi pembacaan hanya terhad kepada majalah kegemaran SOLUSI dan beberapa buah buku yang dibeli tiap bulan. Bacaan lebih kepada bahan yang tiada kaitan dengan bidang pekerjaan secara lansung. So mungkin ini lah masa terbaik untuk memulakan minat yang sekian lama terpendam dek kerana alasan kesibukan yang tiada penghabisan...

Monday 7 November 2011

ISTANA IMAN...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sekali lagi diri ini diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut hari raya iaitu hari raya Aidiladha. Walau tiada persiapan istimewa sebagaimana raya puasa namun hati tetap girang kerana akan bercuti lama di kampung dan akan bertemu abang dan kakak-kakak yang rasanya dah lama tak jumpa..hahaa..padahal bulan lepas baru jumpa!

Alhmadullillah bila dah berada di kampung dapat menunaikan beberapa tanggungjawab sebagai anak, sebagai adik dan sebagai mak saudara. Love u all...

Sempat bermuhasabah diri dengan ayahanda tercinta sebelum pulang ke shah alam.Sesungguhnya kata-kata ayah kali ini sangat bermakna dan insyaallah akan aku pegang hingga ke akhir hayat. Dalam diri, aku bertekad dan berazam untuk jadi anak yang ayah boleh banggakan.

Antara kata-kata ayah : "Yan, banyakkanlah bersabar..sabar itu istana iman..banyakkan juga beristighfar ye..." Bila aku amati kata-kata ayah..hati ku membenarkan kata-kata itu...benar ayah..sabar memang istana iman..keindahan dalam beriman adalah sifat sabar yang dimiliki oleh seseorang...sabar memang senang diucap..bila kita dilanda musibah..dilanda masalah..rakan taulan, saudara mara akan menyarankan kita bersabar...namun untuk mengheret sifat sabar itu ke dalam hati begitu payah malah hampir mustahil pada ketika tertentu...moga bermula detik ini aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang sabar atas segala dugaan, ujian, cabaran dalam menempuh hidup.. hidup sebagai hamba mu ya Allah, sebagai isteri, ibu, anak, saudara, rakan, dan guru...insyaallah...