Jangan Bersedih...judul sebuah buku yang aku tahu sangat laku di pasaran. Aku pernah membeli senaskah untuk ku hadiahkan kepada kakak ku ketika ulang tahun kelahirannya setahun dua yang lalu. Buku motivasi yang mengajak manusia untuk sentiasa bersyukur. Namun,apa yang pasti sampai ke hari ini aku sendiri belum memilikinya. Dan sudah pasti juga belum lagi menyingkap helaiannya.
Aghhh..lupakan tentang buku itu..apa yang bermain dibenakku sekarang ini tidak sekelumitpun berkaitan dengan buku tersebut. Aku sedang memujuk hati..sedang meleraikan simpulan kegusaran yang sedari tadi terasa bagai membelit tangkai jiwa. Sedang cuba mendamaikan kolam perasaan yang terasa bergelora.
Justeru dua bait perkatan itu datang dan pergi silih berganti. Aku tahu akal ku juga sedang memainkan peranannya. Cuba membawa aku ke medan rasional yang terbentang. Cuba untuk membawa pemikiran ini balik ke pangkal jalan. Supaya aku dapat penyelesaian terbaik mengikut kata akal yang direzekikan Allah.
Lalu perlukah aku kuburkan geloraan perasaan ini yang sememangnya mengheret aku untuk bersedih, berduka lara, bermuram durja? Wahai hati..perlukah aku?
Ya allah..sesungguhnya hanya kepada mu aku memohon petunjuk dan hidayah. Aku adalah hamba mu yang sangat lemah..sangat tidak berdaya ya Allah..tunjukkan hamba mu ini jalan yang lurus yakni jalan orang-orang yang telah engkau redhai dan bukan pula jalan-jalan orang yang engkau sesatkan ya Allah. Sesungguhnya ya Allah..engkaulah tuhan yang maha berkuasa ke atas segala sesuatu. Hati ini milik mu ya Allah..akal ini juga milikku ya Allah..pimpinlah kedua-duanya ya Allah..agar aku sentiasa di dalam redha mu.
Ya allah, aku cuba untuk berbuat baik dengan niat hanya untuk mendapat keredhaan mu. Niat ku hanya satu ya Allah, supaya apabila sampai masa aku menghadap mu ada pahala kebaikan yang mengiringi aku. Supaya berat timbangan pahala ku dari timbangan dosaku. Sesungguhnya ya Allah aku amat takut akan perit pedihnya api neraka mu. Tidak akan termampu aku ya Allah untuk menerimanya.
Namun apa yang menekan perasaan ku ini ya Allah, kebaikan yang telah aku hulurkan seakan memakan diriku sendiri. Dimanakah silapnya? Apa kah kerana kurangnya rasa keikhlasan? Adakah kerana dalam aku menghulurkan kebaikan tapi disudut hati mengharapkan segunung balasan?Adakah kerana egoku yang menjulang? Atau adakah syaitan sedang cuba untuk mengapi-apikan perasaan ini agar aku turut sesat bersamanya? Ya Allah aku ingin berlaku baik yakni sebenar-benar kebaikan sehingga keakhirnya ya Allah...bantulah aku..
Ya Allah pimpinlah jua hati dan akal ini agar tidak mudah merasa tertekan dengan pandangan, anggapan dan nilaian orang lain terhadap kelemahan diri ini...aku sedar ya Allah, 1001 satu kelemahan melekat di sekujur tubuh ku ini..sememangnya aku lemah ya Allah..berikanlah aku ketenangan fikiran dan jauhkan lah sifat suka bersedih2 dalam hatiku ini ya Allah...amin.
No comments:
Post a Comment