Wednesday, 19 October 2011

TQ ALLAH

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT yang memberi izin untuk aku melaksanakan tugasan hidup pada hari ini 19/10/2011. Bermula dari jam 5.30 am hingga ke saat ini aku diberikan kekuatan untuk menunaikan tanggungjawab ku dalam pelbagai jawatan yang aku sandang.

Jawatan paling utama adalah sebagai hamba mu ya Allah. Sujud pada mu dan mengingati mu dalam tiap detik nadi ku. Mengagungkan mu dalam setiap hembusan nafasku dan mensyukuri nikmat mu yang tidak terhingga dengan mendukung teguh panji-panji agama mu dalam perjalanan ku di alam semesta ini....

Menyandang jawatan sebagai isteri kepada seorang suami tentulah menuntut pengertian dan pengorbanan yang bukan sedikit. Hari ini pengertian dan pengorbanan seikhlas mungkin cuba dihulurkan lantaran sang suami sedang diuji Allah dengan demam dan kaki yang membengkak. Walau sesekali terkesan dengan hasutan iblis yang dilaknat Allah. Namun jentikan rasa dan ilham dari Maha Pemberi Petunjuk akhirnya hati kembali terarah ke landasan yang lurus. Moga suami ku cepat sembuh dan kembali ceria.

Kewujudan ku sebagai umi kepada 4 orang cahaya mata anugerah Allah merupakan tugasan yang paling memberi signifan dalam hidup ini. Rutin hidup berkisar kepada mereka. Tidak boleh tidak mereka adalah senarai teratas dalam setiap perancangan dan pergerakan seharian. Namun, keutamaan untuk memastikan kesejahteraan buah hati umi ini paling kerap tersasar akibat sifat umi yang masih diperingkat sijil dalam mendalami ilmu kesabaran dan diplomasi. Hati sering merintih tatkala ada antara hati mereka yang dilukai. Kredit untuk diri sendiri pada hari ini apabila semua anak2 umi makan, main dan belajar dalam kehangatan kasih sayang umi. Moga kehangatan tersebut dapat mengubati pedihnya sembilu sembilu tajam yang pernah menghiris perasaan kalian. Kesimpulan yang umi boleh leraikan jawatan ini paling signifikan namun paling sukar mencorak hasil terbaik.

Siapalah akau tanpa ayah dan bonda...Jawatan sebagai anak walau sangat aku arif akan spesifikasinya namun sering juga aku lalai. Tiada panggilan telefon yang cuba aku sempatkan untuk ayah kandung dan ibu angkat ku yang entah sihat entahkan tidak, entahkan makan entahkan tidak, entahkan nyeyak tidurnya entahkan tidak...belum juga bingkisan doa untuk emak yang telah 2 tahun pergi meninggalkan alam fana ini...ya Allah..anak jenis apakah aku ini? Anak yang tidak mengenang jasa ayah dan emak...maaf ya Allah...maaf mak ...maaf ayah...Insyaallah tekad untuk memperbaiki ku semat kemas-kemas dilubuk hati.

Terima kasih atas rezeki Allah ke atas hamba mu ini yang kau pinjamkan jawatan pendidik untuk Kau sediakan selonggok duit di setiap hujung bulan yang dipanggil GAJI. Makin tahun makin meningkat namun makin tahun makin rasa tak cukup pulak...hahahaha..masalah ni memang tak dapat nak diselesaikan selagi nafsu shopping tidak dihumban 1000km jauh dari hati...Jawatan ini memberi aku peluang mengenali ramai personaliti menarik. Personaliti pelajar, rakan sekerja dan pihak luar yang aku berurusan. Maha Bijaksana Allah atas segala ketentuan qada dan qadar nya untuk AKU...

Alamak dah nak dekat jam 2 pagi...banyak lagi jawatan yang nak dibicarakan...harus meletakkan koma..bersambung di sidang lain..Insyaallah ya...

Asssalamualaikum wbt....

"Perjalanan hidup manusia hanyalah dengan satu tujuan..
namun diletakkan dipundaknya seribu tugasan...
berbahagialah mereka yang dapat menyiapkan tugasan dengan sabar
bergembiralah mereka yang dapat menyudahkan tugasan dengan redha
berseronoklah mereka yang dapat melaksanakan tugasan dengan tidak bermegah-megah untuk mendapat status ikhlas kerana Allah....."
- by Siti Khadijah @ 1.57 am @Thursday@2010/2011

No comments:

Post a Comment