Bismillahhirrahmannirrahim...
1 Disember 2011 merupakan tarikh yang pasti akan aku kenang sepanjang hayat. Tepat jam 6.30 pagi aku telah mengejutkan Milia dari lenanya. Debaran yang melanda hati ku cuba ku sembunyikan sebaik mungkin agar tidak dapat dihidu oleh Milia. Aku pasti dia juga merasakan debaran yang sama. Tanpa banyak kerenah Milia bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Aku membontotinya sambil menjinjit tuala mandi. Untuk kesekian kali aku memandikannya. Dalam hati kecil ini berdetak rasa sayu. Milia, kuatkan semangat mu ya sayang. Moga Allah mempermudahkan segalanya untuk mu.
Sejurus selesai mandi aku lapkan badannya dan membantunya menyarungkan pakaian khas. Pakaian yang disediakan oleh pihak hospital. Aku sisirkan rambutnya. Setelah selesai dia lantas mencapai remote tv dan berbaring semula dikatilnya sambil menunggu kehadiran doktor. Tiada sarapan untuk Milia, kerana dia perlu berpuasa untuk menjalani pembedahan jam 7.30 pagi nanti. Malah dia telah berpuasa sejak jam 1.00 pagi tadi. Aku pun tidak bersarapan. Terasa sebu perut. Tiada apa yang ingin ditelan saat-saat sebegini.
Tepat jam 7.10 pagi, jururawat membantu kami bersiap untuk ke bilik pembedahan. Debaran semakin kencang. Ya Allah permudahkan segalanya untuk anak kesayanganku ini. Jauh disudut hati aku benar-benar berharap. Segalanya berkemungkinan. Prosedur bius yang aku baca agak menganggu perasaan. Bagaimana kalau ada alahan? Bagaimana kalau terjadi komplikasi? Ya Allah hanya kepada mu aku berserah.
Alhamdulillah, kini setelah 12 hari berlalu, Milia semakin sihat. Tidak terbongkok-bongkok lagi ketika berjalan malah telah menjamu selera dengan nasi ayam kegemarannya di Seksyen 11 ketika makan malam tadi. Kesyukuran yang tidak terhingga aku panjatkan kepada mu Ya Allah. Sesungguhnya engkau maha berkuasa ke atas sesuatu dan aku yakin segala yang baik yang berlaku adalah kerana izin mu Ya Allah.
Monday, 12 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
STATUS HIDUP...
Terlalu banyak episod dalam kisah yang ditakdirkan
terlalu dalam sebuah pengertian yang dirasakan
dalam kesingkatan kehidupan yang dipinjamkan...
Terlalu banyak yang ingin diluahkan
rasa menggunung perasaan
rasa memberat dada
rasa lemas di lautan tidak bertepian...
mencoret semua yang terpendam
mendedah kata hati dan perasaan
menyebar rasa suka, duka dan hiba
di akhirnya, bertanya kepada diri sendiri...
apakah signifikan status hidup ini kepada dia, dia, dia, dia dan dia?
tiada kepentingan, tidak bergantungan sama sekali
memungkinkan akhirnya
penampakkan dalaman diri yang kosong
menjelaskan kekalutan jiwa
mengesahkan kematian rasa
menipiskan rasa segan dan malu
biarlah episod dalam kisah
teruntai-untai hanya di lingkaran taman hati
agar tidak menjadi antara dedahan yang menggamit dosa
yang kelak menjauhkan jejak ke syurga....
Nukilan: Skyzips ...

Thursday, 17 November 2011
Takaful
Takaful merupakan satu konsep di bawah sistem muamalat. Malaysia merupakan antara negara yang mempolopori konsep ini iaitu seawal tahun 1980an. Takaful dilihat sebagai satu keperluan pada ketika itu kerana negara ingin menyediakan satu sistem yang menepati syariah Islam. Keperluan ini adalah berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama pada ketika itu yang menyatakan bahawa konsep, aqad dan operasi insurans adalah tidak menepati lunas-lunas syariah.
Fatwa Pengharaman Insuran
Fatwa Pengharaman Insuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kategori : Ekonomi Tajuk : Insurans
Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus. Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970.
Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.
Oleh : Persidangan ke 16
Tarikh : 15 Feb 1979
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979.
Sumber : JAKIM
Justeru itu, wahai sekalian muslim, adalah suatu yang wajib bagi kita meninggalkan yang haram dan mengambil yang halal sementelah kita telah mempunyai ilmu dan pilihan.
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kategori : Ekonomi Tajuk : Insurans
Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus. Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970.
Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.
Oleh : Persidangan ke 16
Tarikh : 15 Feb 1979
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979.
Sumber : JAKIM
Saturday, 12 November 2011
MUKMIN PROFESIONAL
Aku telah lama berkenalan dengan jenama "MUKMIN PROFESIONAL' yang diperkenalkan oleh Pahrol Muhamad Juoi dalam Majalah Solusi. Kalau tak silap lebih 2 tahun yang lepas. Sejak dari itu aku memang tak mahu ketinggalan untuk memiliki naskah majalah tersebut pada setiap isunya. Pada Disember 2010 aku telah meghadiahkan Buku "MUKMIN PROFESIONAL-CELIK MATA HATI" kepada kakak ku sempena ulang tahun kelahirannya memandangkan dia juga pelanggan tetap Solusi. Pada ketika itu hati ku berbelah bagi samada ingin menghadiahkan buku itu kepadanya atau aku simpan untuk koleksi ku sendiri. Terfikir juga nak beli 2 buah sekali, tapi memandangkan budget yang tak berapa nak ok bulan tersebut jadi aku beli senaskah dulu. Akhirnya aku rasa aku telah membuat kepeutusan yang betul dengan menghadiahkan dulu naskah tersebut kepada kakak ku. Dan aku berazam untuk mendapatkan sendiri naskah tersebut kemudian.
Alhamdulillah, kini naskah tersebut telah aku miliki. Rasanya dalam bulan April atau Mei yang lepas. Sebelum tu ada 2 buah buku Pahrol yang telah berada dalam koleksi library ku. Sebenarnya aku nak berkongsi sedikit ilmu dari buku tersebut. Tentang Muhammad SAW yang nabi junjungan yang seharusnya sentiasa menjadi idola dan ikutan kita dalam kehidupan ini. Satu pandangan yang amat berbeza dari tulisan yang di baca sebelum ini.
Apabila kita membaca tentang kejayaan Muhammad SAW dalam banyak aspek terutama sebagai seorang peniaga/usahawan kepada majikannya Siti Khadijah, faktor kejayaan yang di'highlight'kan (maaf tak dapat cari perkataan bahasa melayu) adalah kerana baginda seorang yang jujur dan amanah. Ya, memang benar itu merupakan faktor kejayaan baginda. Tetapi menurut Pahrol, itu bukanlah semata-mata faktor yang menyumbang kepada kejayaan tersebut. Baginda juga seorang yang:
Maha Bijaksana Allah atas segala yang telah diaturnya. MasyaAllah...

- menepati waktu, patuh pada janji (mengamalkan sistem pengurusan masa yang efisien)
- pakar dalam bidang komunikasi
- mempunyai kemahiran interpersonal
- memahami kehendak klien
- arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim
Maha Bijaksana Allah atas segala yang telah diaturnya. MasyaAllah...
Friday, 11 November 2011
SATU PERMULAAN
Alhamdullillah semalam dan hari sebelum semalam aku telah berjaya mencabar diri sendiri dan cabaran itu berjaya disambut. Maka tepat jam 4.30 petang dalam keadaan yang agak "hurry" akhirnya aku berjaya meletakkan naskah esei ku di meja urusetia (unit kualiti PSA). Walau aku tahu isi esei itu tak lah seberapa, tapi aku tetap rasa lega. Tapi kata Kak Haniza kata sebenarnya aku dah menang. Menang kerana berjaya menghantar esei tersebut. Bila aku fikirkan semula, ada betul kata-katanya. Apa-apa pun alhamdulillah atas kesempatan dan keizinan dari Allah SWT. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini untuk melakukan apa pun tanpa keizinanNYA.
Bila dan mula menulis, terasa pula keseronokannya. Ada macam-macam pula rancangan untuk menulis selepas ini. InsyaAllah, kalau diberikan keizinan oleh Nya, pasti ada cara dan tergerak hati untuk bertindak. Bukan apa, bila nak menulis, kena banyak membaca, so terisi masa dengan perkara berfaedah. Bila banyak membaca, baru tahu banyak perkara, minda pun terbuka. Alhamdulillah. Sebelum ni bukan tak suka membaca. Suka. Sangat suka. Tapi pembacaan hanya terhad kepada majalah kegemaran SOLUSI dan beberapa buah buku yang dibeli tiap bulan. Bacaan lebih kepada bahan yang tiada kaitan dengan bidang pekerjaan secara lansung. So mungkin ini lah masa terbaik untuk memulakan minat yang sekian lama terpendam dek kerana alasan kesibukan yang tiada penghabisan...

Monday, 7 November 2011
ISTANA IMAN...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah sekali lagi diri ini diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk menyambut hari raya iaitu hari raya Aidiladha. Walau tiada persiapan istimewa sebagaimana raya puasa namun hati tetap girang kerana akan bercuti lama di kampung dan akan bertemu abang dan kakak-kakak yang rasanya dah lama tak jumpa..hahaa..padahal bulan lepas baru jumpa!
Alhmadullillah bila dah berada di kampung dapat menunaikan beberapa tanggungjawab sebagai anak, sebagai adik dan sebagai mak saudara. Love u all...
Sempat bermuhasabah diri dengan ayahanda tercinta sebelum pulang ke shah alam.Sesungguhnya kata-kata ayah kali ini sangat bermakna dan insyaallah akan aku pegang hingga ke akhir hayat. Dalam diri, aku bertekad dan berazam untuk jadi anak yang ayah boleh banggakan.
Antara kata-kata ayah : "Yan, banyakkanlah bersabar..sabar itu istana iman..banyakkan juga beristighfar ye..." Bila aku amati kata-kata ayah..hati ku membenarkan kata-kata itu...benar ayah..sabar memang istana iman..keindahan dalam beriman adalah sifat sabar yang dimiliki oleh seseorang...sabar memang senang diucap..bila kita dilanda musibah..dilanda masalah..rakan taulan, saudara mara akan menyarankan kita bersabar...namun untuk mengheret sifat sabar itu ke dalam hati begitu payah malah hampir mustahil pada ketika tertentu...moga bermula detik ini aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang sabar atas segala dugaan, ujian, cabaran dalam menempuh hidup.. hidup sebagai hamba mu ya Allah, sebagai isteri, ibu, anak, saudara, rakan, dan guru...insyaallah...

Saturday, 22 October 2011
"Dosa: Satu risiko yang perlu diurus"
Pada hari Khamis 20/10/2011 yang lepas, aku berpeluang ke NIOSH yang terletak di Bangi. Alhamdulillah, sedikit sebanyak terbuka juga minda ini. Dapat banyak juga maklumat pasal NIOSH yang selama ini tak pernah diketahui. Basically, NIOSH is an academic centre which offers courses related to safety and health of an employees at workplace. Actually, it's all about risks management.
Bercakap tentang risk management, saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu di sini. Sesuatu yang cuba saya hayati dari perspektif yang saya lihat sangat relevan. Pada ketika ini saya cuba merangka satu sudut pandangan yang saya sendiri sebenarnya masih teraba-raba. Justeru diperingkat ini mungkin "Dosa: Satu risiko yang perlu diurus" akan saya gunakan untuk saya menyampaikan apa yang saya maksudkan.
Apabila kita membicarakan isu pengurusan risiko, perbincangan akan terarah kepada objektif untuk mengelak kerugian atau meminimumkan amaun kerugian atas harta benda yang kita miliki. Pendek kata, kalau boleh kita tak mahu apa-apa kerugian berlaku atas harta benda kita dan kalau pun berlaku kita ada satu pelan tindakan yang boleh diguna pakai bagi menyelamatkan harta benda tersebut dan akhirnya kerugian yang kita alami boleh diminimumkan. Begitulah sayangnya kita pada harta benda yang dipinjamkan Allah pada kita di dunia ini. Oleh itu bermacam-macam usaha kita untuk kedua-dua perkara di atas. Sesungguhnya tidak ada yang salah dengan situasi tersebut. Malah bagi saya, ia adalah sesuatu yang wajar. Sangat wajar! Cuma saya sebagai seorang Islam, tidak boleh tidak, pemikiran saya terarah untuk mengaitkan ilmu pengurusan risiko yang saya pelajari sekian lama ini dengan agama saya.
Hubungkait yang saya wujudkan ini sangat ringkas dan mudah.
Dosa = jambatan ke neraka!
Api neraka = Seksaan!
Seksaan = Kerugian !
So what?
Tak nak rugi elakkan seksaan!
Elak seksaan bermaksud jauhi neraka!
Tak jumpa neraka kalau avoid dosa!
Kesimpulannya, dalam kita mengurus risiko untuk tidak rugi di dunia, apa kata sesekali kita fikir-fikirkan apakah pelan tindakan kita untuk mengelak seksaan api neraka supaya tidak rugi di akhirat kelak....
Fikir-fikirkan...
Next post insyaallah saya akan kupas apakah pelan tindakan yang mungkin sesuai ye..guna steps in risk management juga ke? Tunggu!!!!!!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)